Monday 7 March 2016

CERITA CINTA KITA

UKHUWAH FILLAH


Sebuah persahabatan yang bermula pada tahun 2012. Persahabatan yang dahulunya sekadar rakan sekelas. Namun, setelah sekian lama persahabatan yang terjalin ini menjadi semakin erat seperti hubungan kekeluargaan. Tu la orang cakap tak kenal maka tak cinta.


BIRTHDAY CIKGU ZEE
Lepas ja SPM, semua pakat further study kat tempat masing2. Tapi Alhamdulillah, hubungan kami masih rapat sampai sekarang. Setelah sekian lama tak jumpa, kami masih diberi kesempatan untuk buat reunion balik. Kepada yang ikut terima kasih sebab sudi memeriahkan suasana dan kepada yang tak dapat datang, nanti kita buat lain ye......

10 FEBRUARI 2016

AMAN CENTRAL MALL, ALOR SETAR, KEDAH
10 pagi
Tempat: Pusat Bowling dan Food Court




Lepas dah puas menunjukkan bakat masing2 dalam bowling, we are heading to Kuala Kedah. Tapi sebelum tu, solat zohor tidak dilupakan. Lepas solat baru kami bertolak.. 



KOTA MARINA, KUALA KEDAH, ALOR SETAR
4 petang
Tempat; Tepi laut







Sedar tak sedar dah seharian kami meluangkan masa bersama. Best sangat2. Memori yang sangat terindah sepanjang kita bersahabat. Sama2 kita jaga ukhwah ni baik2 till jannah. Semoga kita sama2 berjaya walau dimana pun kita berada.


Jom layan dulu vieo terbaru kami ni..... Terharu sangat bila dapat video ni.... Selamat mengenang kembali zaman / memori indah bersama-sama kawan anda....



FRIENDS FOREVER
5 SAINS 2013


Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In Syaa Allah kita berjumpa lagi.


Isnin, 10 malam

Friday 4 March 2016

PESANAN MUSLIMAH KEPADA MUSLIMAH

IKHTILAT


Dalam kesempatan ini, aku nak buat sikit perkongsian ilmu mengenai ikhtilat. Jujur aku cakap yang aku sendiri pun kurang arif mengenai bab ni. Tapi sebagai seorang muslimah aku teringin nak tahu dengan lebih mendalam pasal ikhtilat ni. Aku tak berani nak tulis sebab takut tersilap ayat. So, aku lampirkan ja maklumat-maklumat pasal bab ikhtilat ni. 


Jom baca dan telitikan sampai paham....






Kita boleh buat kalau kita cuba.....
 Walaupun sikit ja yang aku lampirkan ni. Harap kita semua boleh dapat juga sedikit ilmu. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la jumpa orang yang lagi arif. Contohnya ustaz dan ustazah kita... Selamat membaca..... Praktikkan dalam hidup juga ye....



JUMAAT (4/3/2016)
8 malam






KUETEOW 'TENG' KEDAH WARISAN TURUN TEMURUN

MAI SINI KAKAK NAK AJAR CARA MASAK KUETEOW 'TENG' KEDAH

BAHAN A
  • lada hitam (ikut cita rasa sendiri)

BAHAN B

  • fishball
  • fishcake
  • ayam (ikut suka hati)
  • sos tiram (ikut rasa)
  • garam
  • daun sup
  • daun bawang
  • kiub pati ayam knorr
  • bawang goreng
  • taugeh
  • sayur

BAHAN C

  • cabai hijau (cili hijau)
  • bawang putih (ikut suka hati)


CARA-CARA BUAT KUAH
  1. Kisarkan bahan A
  2. Tumiskan bahan A dan kacau sampai garing 
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau sampai empuk
  4. Masukkan air, garam, dan sos tiram secukupnya
  5. Masukkan 2 kiub pati ayam knorr (sebagai penambah perasa)
  6. Potongkan bahagian batang daun sup dan masukkan ke dalam periuk
  7. Masukkan sayur yang telah dipotong
  8. Setelah mendidih, letak fishball dan fishcake
  9. Tunggu sehingga kuah tersebut mendidih
  10. Sedia untuk dihidangkan

CARA-CARA BUAT SAMBAL (pembuka selera)
  1. Kisarkan bahan C
  2. Tumiskan bahan C tadi sampai masak
  3. Letakkan dalam mangkuk dan masukkan kicap 

HIASAN
  1. Carikkan ayam tadi ikut saiz yang kita suka
  2. Potong daun bawang dan daun sup
  3. Taugeh
  4. Bawang goreng
  5. Fishcake dan fishball

sedapnya...... jom cuba....

jom makan

Apa tunggu lagi. Jom pakat-pakat cuba.
Okey dah siap masak.
 Makan dulu ye....
Nyam.... nyam....nyam...




JUMAAT  (4/3/2016)
6.30 petang